Assalamualaikum,
Pada 3 November 2013, telah berlangsungnya sebuah lagi majlis iaitu Jamuan Akhir Tahun PPS 2013 yang telah dikendalikan dengan sebaiknya oleh ahli pengawas pusat sumber tingkatan 4. Jamuan ini telah berlangsung dikelas 4 Al-Farabi 1&2.
Objektif jamuan ini diadakan kerana ingin mengukuhkan pautan ukhuwah antara pengawas pusat sumber dan guru, disamping meraikan guru dan pengawas pusat sumber tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam persekolahan. Selain itu, dapat menjadi salah satu platform utama kepada semua pengawas pusat sumber tingkatan 4 untuk mengambil bahagian dalam merangka dan menghasilkan program.
ORGANISASI JAMUAN AKHIR TAHUN PPS 2013
Pengarah
Muhd Izzat Bin Sahrum
Timbalan Pengarah
Siti Munirah Binti Mahadzir
Setiausaha
Nur Hidayah Binti Noor Mohamad Haris Fadhillah
Bendahari
Anas Bin Baharudin
Exco
Ahmad Syafiq Bin Mohd Hashim
Nuraisya Fatimah Binti Fadhirul Annuar
Nurul Hidayati Binti Shamsudin
Majlis ini telah dirasmikan oleh guru penasihat PPS, iaitu Cikgu Ehsanulhadi. Terima kasih kepada semua ahli PPS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memeriahkan lagi majlis ini.