Ruangan ini khas untuk paparan mengenai pengawas-pengawas yang bernaung di bawah Pusat Sumber SMA AL-IHSAN. Untuk menjadi salah seorang pengawas pusat sumber atau PPS, bukanlah mudah. Para pelajar perlu menyedari akan tanggungjawab serta cabaran yang bakal ditempuhi masing-masing tatkala memegang jawatan tersebut. Pada halaman ini, anda dapat membaca serta mendapat informasi yang diperlukan mengenai jawatan pengawas pusat sumber.
JADUAL TUGASAN :
- Setiap PPS akan bertugas sehari dalam seminggu.
- PPS akan menjalankan tugasnya mengikut waktu rehat masing-masing. Sesi rehat pertama : 10.00 pagi - 10.30 pagi manakala sesi rehat kedua : 10.30 pagi - 11.00 pagi.
- PPS juga boleh bertugas pada sebelah petang dari pukul 3.00-4.00 petang.
SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER
1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu mempromosikan PSS
9. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah, anda boleh berjumpa dengan guru-guru perpustakaan untuk mendapatkan borang. Mengikut prosedur sebelum ini pengambilan PPS baru diadakan pada bulan Oktober. Pengambilan ini terbuka kepada para pelajar Tingkatan 3 dan 4. Para pelajar yang berminat untuk berkhidmat kepada sekolah, bertanggungjawab, rajin dan berdedikasi digalakkan untuk mendaftar menjadi PPS. Anda digalakkan mendaftar nama dengan segera kerana tempat kosong adalah terhad.