7 December 2013

Laporan Program Minggu Bahasa

Assalamualaikum,
Pada 17 Jun 2013 sehingga 28 Jun 2013, Pengawas Pusat Sumber (PPS) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan Program Minggu Bahasa dengan gabungan tenaga dan kerjasama kelab-kelab bahasa sekolah iaitu, Kelab Bahasa Arab, Kelab Bahasa Melayu dan Kelab Bahasa Inggeris.

Program ini dijalankan sepenuhnya di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan bahasa didalam kehidupan seharian dan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan tentang bahasa. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pelajar dan guru kerana program ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.

Antara aktiviti yang telah dianjurkan ialah:-

  • Kuiz Bahasa Arab
  • Kuiz Bahasa Melayu
  • Pertandingan Membalas Pantun
  • Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu
  • Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris
  • Crossword Puzzles
  • Spell-It-Right
  • Explore Race
ORGANISASI PROGRAM MINGGU BAHASA

Pengarah
Abdul Hayyie Bin Abdul Rahim

Timbalan Pengarah (1)
Amzar Zafri Bin Alimi

Timbalan Pengarah (2)
Adib Hakimi Bin Zainal

Setiausaha (1)
Siti Nadhirah Binti Mahdar Ajuna

Setiausaha (2)
Farah Adiba Binti Radzuan

Bendahari
Fatimah Noor Ezzati Binti Abdul Halim

Eksekutif Bahasa
Ibrahim Hilmi Bin Tamrin
Fatimah Nabihah Binti Mohd Zaki

Program ini telah berjalan dengan lancar selama dua minggu. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan kerana telah memberi penyertaan yang sangat memberangsangkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak yang terlibat yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.