Badan Kepimpinan Pengawas SMA AL-IHSAN telah mengadakan Pelancaran Kempen Anti Rokok pada 17 March 2014 yang telah dirasmikan oleh pengetua, En. Mustaparuddin B. Osman. Kempen ini menjadi aktiviti tahunan bagi BKP dan tidak lain tidak bukan akan dikelolakan oleh BKP Tingkatan Empat pada setiap tahun. Pada tahun ini, "Rokok Menghancurkan Ummah" telah dipilih sebagai moto kempen kali ini.
![]() |
Button Kempen Anti - Rokok . |
Pelancaran Kempen ini telah diadakan di Dewan Ad-Daraquthni bermula jam 7.45 pagi. Pelancaran ini telah disaksikan oleh guru-guru dan pelajar SMA Al-Ihsan.
Objektif kempen ini :
1. Untuk meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan yang jelas kepada para pelajar tentang buruknya merokok.
2. Untuk membantu para pelajar meningkatkan sahsiah diri supaya kental dalam menghadapi hasutan - hasutan negatif.

P/s : Nantikan program anjuran PPS & BKP SMAI